YALA (Thailand): Seorang pegawai polis maut manakala empat lagi cedera dalam satu serangan bom di Bannang Sata di Yala, Thailand, hari ini.
Kejadian belaku kira-kira 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika sekumpulan polis diketuai Ketua Siasatan Jenayah Balai Polis Bannang Sata yang menaiki sebuah pikap dalam perjalanan ke tempat kejadian serangan khianat yang berlaku pada malam Khamis.
Enam buah kenderaan di dua lokasi di Bannang Sata dilaporkan terbakar dalam serangan khianat itu.
Ketua Polis Daerah Bannang Satar Kolonel Polis Ranon Surawit berkata sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian.
"Akibat letupan yang kuat, pikap itu terbabas. Sekumpulan lelaki dipercayai bersembunyi di kawasan hutan berdekatan turut melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis," katanya kepada pemberita di tempt kejadian.
Ranon berkata Ketua Siasatan Jenayah Balai Polis Bannang Sata terkena serpihan bom dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Empat lagi anggota polis dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Thailand Jeneral Polis Damrongsak Kittiprapas telah mengarahkan polis mempergiatkan usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Arm rancang hadir dengan cip AI menjelang 2025
Untuk sasaran awal, Arm ingin hadir dengan prototaip awal cip AI menjelang awal 2025, dan seterusnya memfokuskan penghasilan cip berkenaan melalui para pengeluar pada tahun sama.
Pang mula tugas wakil rakyat dengan santuni masyarakat KKB
Pang Sock Tao hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
Rundingan damai selatan Thailand disambung semula
Selepas hampir setahun tergendala, Proses Dialog Damai di Selatan Thailand akan disambung semula bulan depan.
Minyak masak peket subsidi Malaysia dijual RM5 sepeket di Tak Bai
Minyak masak peket bersubsidi dari negara ini didakwa masih dijual di kedai-kedai di tepi sungai Golok di Tak Bai, Thailand.
Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula
Hujan lebat mengakibatkan banjir di lima wilayah selatan - Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun sejak 22 Disember lalu.
Hampir 70,000 isi rumah terjejas, banjir semakin buruk di wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya enam orang maut dan hampir 70,000 isi rumah terjejas berikutan banjir di lima wilayah di selatan Thailand.
Banjir di selatan Thailand semakin buruk, jejas hampir 20,000 rumah
Hujan lebat cetuskan banjir secara menyeluruh di selatan Thailand, menyebabkan hampir 20,000 isi rumah terpaksa berpindah di lima wilayah.
Selatan Thailand: Ribuan penduduk terjejas akibat banjir
Di Narathiwat seramai 9,558 penduduk terjejas manakala di Yala seramai 139.
14 maut, 35 cedera dalam nahas bas persiaran di selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bas persiaran terbabas dan melanggar pokok di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand.